Lucy Hale
Lucy Hale

Lucy Hale

Karen Lucille Hale[1][2] (lahir 14 Jun 1989[4][5]), lebih terkenal sebagai Lucy Kate Hale, ialah seorang pelakon, penyanyi, dan personaliti televisyen Amerika Syarikat.[6][7] Beliau terkenal dengan peranannya sebagai Aria Montgomery dalam siri Freeform Pretty Little Liars (2010-2017), dan Katy Keene dalam siri CW Katy Keene (2020–kini). Beberapa peranan penting lain di televisyen lakonan Hale termasuk Becca Sommers dalam Bionic Woman (2007), Rose Baker dalam Privileged (2008–2009) dan Stella Abbott dalam Life Sentence (2018). Hale juga pernah muncul dalam filem seperti The Sisterhood of the Traveling Pants 2 (2008), Sorority Wars (2009), A Cinderella Story: Once Upon a Song dan Scream 4 (kedua-dua 2011), Truth or Dare dan Dude (kedua-duanya 2018), dan Fantasy Island (2020). Selain berlakon, Hale juga menceburkan diri dalam bidang muzik. Pada tahun 2003, beliau pertama kali menjadi terkenal sebagai salah satu daripada lima pemenang rancangan realiti American Juniors, terbitan turunan kanak-kanak dari Fox American Idol dan bermula sebagai artis solo dengan menandatangani kontrak bersama Hollywood Records pada tahun 2012, menerusi album studio pertamanya, Road Between (2014).